Konsep Perang bibir

Sebanyak 12 episod ditayangkan dan 24 peserta akan bersaing untuk merebut hadiah bernilai RM30,000 dan trofi. Perang Bibir mempunyai 3 peringkat bagi setiap perlawanan iaitu peringkat kelayakan (episod 1-8), peringkat separuh akhir (episod 9-11) dan peringkat akhir (episod 12). Setiap episod akan menampilkan 3 orang peserta. Di peringkat kelayakan, para pemenang setiap pusingan atau episod akan mencabar rakan artis yang lain untuk bersaing dengan dua lagi artis di episod seterusnya. Manakala bagi peserta yang tewas akan ditentukan di peringkat wildcard untuk terus mara ke pusingan separuh akhir ketiga. Cabaran Perang Bibir mempunyai dua permainan, antaranya perang bibir bertema dan perang bibir spontan. Namun di peringkat separuh akhir, perang bibir spontan akan ditukar kepada nyanyian atau gerak bibir yang membolehkan para peserta memilih lagu pilihan mereka. Peringkat akhir yang merangkumi Lipsync pertama menampilkan para finalis membuat persembahan bersama artis jemputan, whisper challenge dan lipsync solo yang mana semua finalis men-lipsync lagu pilihan mereka.

Juri Jemputan bagi peringkat akhir ialah Ucop dan Amy Mastura. Pemarkahan setiap finalis dikira 50 mata daripada juri jemputan dan 50% daripada jeritan penonton di studio.